Table of Contents Hide
Foto: Unsplash
Dengan tip ini, mana tahu, percutian kamu ke Seoul akan datang ini bakal menjadi lebih bermakna berbanding sebelum ini…
Mungkin belum tiba masanya lagi untuk kita keluar mengembara ke luar negara. Melihatkan situasi yang melanda dunia (kami harapkan ia akan beransur pulih dengan cepatnya), mungkin tahun hadapan baru diri benar-benar yakin hendak menjejakkan kaki ke tanah orang lain. Maka, sementara masih tersekat di negera sendiri, apa kata gunakan masa yang ada ini untuk kukuhkan kewangan serta merancang sebaik mungkin. Mana tahu, percutian kamu akan datang ini akan menjadi lebih bermakna sebelum ini. Jika tanya saya, selesai sahaja tempoh sekatan perjalanan luar negara ini berakhir, kemana lagi hendak saya tuju jika bukan ke Seoul. “Pulang kampung” usik teman-teman saya haha. kalau Jadi, untuk kamu yang mahu bercuti di Seoul, saya ada sedikit tip yang ingin dikongsikan.
#1
Kenali Mata Wang Korea
Mata Wang negara ini dikenali sebagai won (KRW). Jadi 1,000KRW adalah bersamaan dengan lebih kurang RM3.50. Di Korea, mereka memiliki nota wang seperti 1,000, 5,000, 10,000 dan 50,000. Manakala syilingnya pula terdiri daripada 10, 50, 100 dan 500.
Sesungguhnya penggunaan wang di negara ini tidaklah terlalu rumit untuk diukur terutama sekali buat pelancong. Kebiasaannya kamu akan nampak papan tanda 2,500KRW, 10,000KRW, 15,000KRW di kawasan beli-belah yang menjadi tarikan pelancong di sini. Selain itu, kebanyakan kedai di sini terima kad kredit dan debit, jadi kamu tidak perlu risau untuk pegang wang yang banyak di dalam dompet kamu!
#2
Beli Kad T-Money
Jika kamu bercuti ke Korea lebih daripada tiga hari, saya cadangkan kamu beli kad T-Money. Percayalah ia akan memudahkan perjalanan harian kamu baik menaiki teksi atau pengangkutan awam yang lain. Seperti kad Touch ‘n’ go kita di sini. Apa yang kamu perlu buat hanya mengisi sejumlah wang dan kemudian kamu boleh gunakannya bila-bila masa sahaja. Bukan itu sahaja, ada sesetengah kedai serbaneka turut menerima bayaran melalui kad T-Money ini. Jadi, jika kamu ragu-ragu sama ada kedai itu menerima kad T-Money kamu atau tidak, buka mulut dan cuba tanya, “Anyeonghaseyo, T-Money kadeu badusaeyo?”
Kad T-Money boleh digunakan di Seoul, Gyonggi-do, Incheon, Busan, Daegu, Daejeon dan Gwangju.
#3
Seoul ialah Bandar Selamat
Satu yang boleh saya katakan tentang Seoul ialah bandarnya cukup selamat. Tidak seperti bandar-bandar lain di mana kadang-kala saya harus berhati-hati tatkala berjalan seorang diri. Namun, sepanjang beberapa kali ke sini, tidak timbul perasan takut apabila seorang diri berjalan di sana. Mungkin kerana orangnya baik-baik dan langsung tidak membuatkan pelancong rasa tidak selesa ketika di sana. Namun, tidak bermakna kamu langsung tidak patut mempraktik langkah berjaga-jaga. Kita tidak tahu apa akan jadi saat di sana. Jadi, keselamatan masih perlu diutamakan.
#4
Perlukah kamu beli kad sim?
Secara peribadi, saya lebih selesa menggunakan poket wifi. Mudah, dan bukan itu sahaja, kemudahan wi-fi di negara Korea ini sememangnya another level. Tidak perlu buang duit beli kad sim. Kelajuan internetnya yang optima serta hampir di setiap kawasan di sana memiliki jalur wifi percuma. Jadi, tidak perlu risau. Namun, jika kamu sudah terbiasa membeli kad sim setiap kali mengembara, juga tiada salahnya. Yang penting, servis telko mereka memang tip-top!
#5
Belajar asas bahasa Korea
Walaupun sudah berada di tahun 2020, masih ada masyarakat Korea di beberapa kawasan Seoul dan sekitar yang masih belum fasih berbahasa Inggeris. Jadi, apa kata gunakan masa yang ada ini untuk belajar asas bahasa Korea. Jika kamu teliti betul-betul, abjad hangul (bahasa Korea) ini tidaklah serumit yang kamu sangka. Jadi, kalau kamu sudah mengenal sedikit-sebanyak hangul, mungkin kamu sudah boleh baca penunjuk jalan, siapa tahu!
Mari saya ajar beberapa frasa yang boleh kamu gunakan ketika bercuti di sana nanti,
“Hai/helo” – “Anyeonghaseyo”
“Berapa harga barang ini?” – Igo, olma aeyo?
“Berilah sedikit diskaun…” – “Jum kaka juseyo~”
“Terima kasih” – “Kamsahamnida”
“Saya minta maaf” – “Jwesunghamnida”
“Sekejap ya” – “Jamshimanyo”
“Saya tidak faham” – “Jalmoreugeutneyo”
“Saya tidak boleh bercakap dalam bahasa Korea” – “Hangukmal jal motaeyo”
“Kamu boleh bercakap bahasa Inggeris?” – Yong-o halssu isseoyo?”