Harga serendah RM399 untuk kamu melancong ke 16 destinasi di seluruh Malaysia
AirAsia melancarkan Pas Tanpa Had baru untuk memacu pelancongan domestik Malaysia bagi menyokong usaha kerajaan dalam mendorong mengukuhkan lagi ekonomi negara.
Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia yang ditawarkan dengan harga RM399 untuk semua Ahli AirAsia BIG di Malaysia di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia dari 11 Jun 2020 (1000h GMT + 8) hingga 13 Jun 2020 (2359h GMT + 8).
Untuk mendapatkan harga dan deal menarik ini, kamu perlu beli sekarang hingga Sabtu ini, 13 Jun 2020. Kemudian, rancang perjalanan pada bila-bila masa bermula 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021.
Pas ini boleh ditebus untuk penerbangan ke 16 destinasi di seluruh Malaysia iaitu Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan.
“Kami menyambut baik pembukaan semula perjalanan domestik menerusi pengumuman Perintah Pemulihan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh kerajaan pada awal minggu ini, dengan insentif seperti pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga bulan Disember 2021.” – Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara mendapatkan pas ini dan merancang perjalanan dengan Pas Tanpa Had AirAsia, sila rujuk panduan di sini.