Tiba masanya untuk merasai Island Chill, Air mineral semula jadi yang menghidratkan dari Fiji.
GOOD NEWS! Air mineral semula jadi yang berasal dari pulau-pulau tropika yang tenang di Fiji – Island Chill, kini sudah ada di Malaysia!
Ahhh, menyebut saja perkataan FIJI, naluri nak pergi bercuti sudah tak keruan. Lautnya yang tenang membiru, dedaun yang menghijau… angin sepoi-sepoi bahasa membuai rasa.
Oh, indahnya kalau dapat ke sana sekarang ini. Bukan apa sudah letih melihat dinding di rumah saja. Jom sama-sama berdoa agar satu hari nanti kita semua dapat tuju ke destinasi yang diidamkan.
Berbalik kepada Island Chill – air mineral dari pulau tropika Fiji. Sekarang kamu bayangkan…. hujan dari hutan hujan tropika yang subur di Viti Levu, menapis perlahan-lahan melalui kawasan gunung berapi di pulau Ba dan Kromarua menjadi akuifer semula jadi yang terbentuk berabad-abad yang lalu. Membacanya saja boleh merasai nyamannya air yang dihasilkan, ya?
Related article: 8 Affordable And Reliable Hand Sanitizers That You Need Right Away
Tahukah kamu? Semasa air hujan merembes ke bawah, ia memperoleh elektrolit dan mineral penting lain seperti silika semula jadi sehingga sampai ke akuifer, tidak terganggu, tidak tersentuh dan dilindungi dari udara dan pencemar lain, 100 meter di bawah permukaan bumi.
Loji pembotolan Island Chill terletak di atas akuifer ini dan menarik air berharga ini terus ke botol Island Chill. Rasa unik dan khas dari air Island Chill mengesahkannya sebagai salah satu perairan paling murni di bumi – Kesempurnaan, hadiah alam dari pulau-pulau Fiji yang asli.
Dikategorikan sebagai air kaya mineral lembut hingga sederhana. Island Chill telah diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh institusi Taste & Quality antarabangsa yang berprestij (iTQi) – sebuah organisasi koki dan sommelier bebas terkemuka di Brussels, Belgium.
Selain itu, minuman ini mengandungi silika semula jadi tertinggi di Fiji untuk air botol. Silika terkenal menghasilkan rambut sihat, kulit berseri-seri, kuku yang kuat dan penting untuk pertumbuhan juga perkembangan tulang.
Istimewanya, air minuman semula jadi ini tidak mengandungi bahan tambahan dan tidak disentuh oleh manusia dari lubang ke botol. A refreshing thirst quencher, Island Chill is perfect for every occasion.
Air Island Chill dibotolkan menggunakan botol PET bebas kitar semula. Setiap botol boleh didapati dalam kapasiti 500ml dan 1.5L.
Island Chill boleh didapati di sini.