Bersediakah Kamu Untuk Kembali Travel Selepas kegusaran Pandemik Covid-19?
Pasti kamu semua tak sabar untuk explore serata dunia selepas tamat PKP? Hipshut tak nafikan, segala plan kembara 2020 tergendala dek kerana serangan pandemik Covid-19. Tapi, ada berita baik untuk travel junkie iaitu Air Asia sudah mula beroperasi May ini. Sudahkah kamu bersedia untuk kembali mengembara?
AirAsia menyambung semula penerbangan domestik yang dijadualkan pada 29 April di Malaysia, diikuti Thailand penerbangan mula beroperasi pada 1 Mei , Filipina (16 Mei), dan Indonesia (7 Mei), tertakluk kepada kelulusan kerajaan.
Jangan khuatir kerana perkhidmatan ini akan berjalan dengan kawalan kesihatan yang ketat dan mengamalkan protokol penjarakan sosial.
AirAsia menyambung semula penerbangan domestik yang dijadualkan hari ini di Malaysia, diikuti oleh Thailand (1 Mei 2020), Filipina (16 Mei 2020), dan Indonesia (7 Mei 2020), tertakluk kepada kelulusan oleh kerajaan.
Perkhidmatan ini akan berjalan dengan kawalan kesihatan yang ketat dan mengamalkan protokol penjarakan sosial. Berbeza dengan pakaian seragam sebelum ini, rekaan uniform diilhamkan daripada pakaian perlindungan diri (PPE) bagi melindungi kabin krew sepanjang pandemik ini. Khabarnya, uniform ini telah direka oleh pereka fesyen popular, Puey Quinones dan mendapat kelulusan Jabatan Kesihatan Filipina.
Penyambungan semula penerbangan ini adalah untuk beberapa laluan domestik terpilih manakala penerbangan ke destinasi antarabangsa akan disambung semula secara berperingkat, apabila keadaan bertambah baik dan sehingga sekatan perjalanan ditarik balik oleh kerajaan.
Air Asia juga mematuhi panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memastikan standard tertinggi dalam setiap penerbangan. Pesawat Air Asia juga dilengkapi dengan Penapis Udara Kecekapan Tinggi (HEPA) standard hospital dan melalui prosedur pembasmian kuman secara menyeluruh selepas setiap penerbangan.
Persoalannya hari ini, sudahkah kamu bersedia untuk kelilingi dunia ketika pandemik Covid-19 masih lagi berleluasa? Tepuk dada tanya selera.