Table of Contents Hide
- Kolam renang, pantai dan air terjun kini sudah pun mula dibuka semula pada orang awam. Tak dinafikan ramai masih yang takut dan tertanya-tanya tentang keselamatan diri. Ini jawapannya.
- Bahan kimia kolam renang sepatutnya boleh membunuh virus
- Bagaimana dengan tasik, sungai dan laut?
- Risiko sebenar Covid-19 dan berenang
- Elak permukaan yang tinggi risiko sentuhan
- Jangan kongsi permainan atau alatan pantai atau kolam renang
Bahan kimia kolam renang sepatutnya boleh membunuh virus

Biasanya, virus tidak dapat bertahan di dalam air yang dirawat dengan bahan kimia untuk kolam mandi. Menurut Robert Glatter, MD, seorang pakar perubatan kecemasan di Hospital Lenox Hill, New York mengatakan “Pada masa sekarang, tiada sebarang bukti yang SARS-CoV-2 boleh berpindah kepada individu lain menerusi air di dalam kolam mandi, tab mandi panas atau pun spa,” yang mana dia merujuk kepada virus itu. “Proses pembasmian kuman normal menggunakan klorin atau bromine akan membunuh virus di dalam air.”
Tetapi dengan pandemik yang berterusan sekarang ini, penting untuk kamu pastikan yang mana-mana kolam mandian (atau spa atau tab mandian panas) yang kamu gunakan adalah dijaga dengan bersih dan terkawal.