Table of Contents Hide
- Kolam renang, pantai dan air terjun kini sudah pun mula dibuka semula pada orang awam. Tak dinafikan ramai masih yang takut dan tertanya-tanya tentang keselamatan diri. Ini jawapannya.
- Bahan kimia kolam renang sepatutnya boleh membunuh virus
- Bagaimana dengan tasik, sungai dan laut?
- Risiko sebenar Covid-19 dan berenang
- Elak permukaan yang tinggi risiko sentuhan
- Jangan kongsi permainan atau alatan pantai atau kolam renang
Risiko sebenar Covid-19 dan berenang

Perkara yang paling ditekankan tentang berenang dan Covid-19 adalah pabila berada dekat dengan individu lain dalam satu kawasan yang sama. “Ia tidaklah berkaitan dengan air tetapi persekitaran kawasan air itu,” kata Dr. Baumgarten. Ini boleh jadi di dalam kolam (berenang, berjalan di sekitar) atau di luar air yang mana di persekitaran pantai, di tepi tasik, dan patio.
Pengumpulan orang ramai di kolam renang dan kawasan berhadapan dengan kawasan air lain mungkin boleh mencetus satu wabak tambahan, perkara yang dirisaukan pakar. Namun wabak ini juga secara tidak langsung membuat kamu runsing. Kamu perlu patuhi garis panduan penjarakan sosial yang dicadangkan pihak kementerian kesihatan tidak kira di mana jua kamu berada.
“Virus tersebut adalah lebih mudah merebak menerusi titisan air atau aerosol daripada percakapan, batuk atau bersin, atau boleh juga melalui sentuhan ke atas permukaan yang terdedah dengan virus tersebut,” kata Dr. Glatter. “Kemungkinan untuk transmisi menerusi air adalah bukan satu benda yang dibimbangkan sama sekali.” Satu perkara lagi untuk kita ingat adalah ia jauh lebih mudah untuk melakukan penjarakan sosial di kawasan luar bangunan berbanding di dalam tempat tertutup.