Taman Eko Rimba Kanching dan Chongkak Park & Resort kembali beroperasi dan dibuka semula bermula 6 Julai 2020.
Susulan pengumuman pembukaan semula sektor pelancongan domestik bermula 10 Jun lalu, serta pengumuman lanjut tentang kebenaran untuk beroperasi bagi taman tema serta sebarang aktiviti riadah air bermula 1 Julai 2020; – Tourism Selangor menyambut baik keputusan tersebut, tambahan pula Tourism Selangor kini sedang giat menggerakkan Kempen Pelancongan Domestik “Pusing Selangor Dulu” yang semakin menarik perhatian ramai.
Berita baik untuk kamu penduduk Selangor! Kawasan dan produk pelancongan seliaan Tourism Selangor iaitu Taman Eko Rimba Kanching dan Chongkak Park & Resort kembali beroperasi dan dibuka semula kepada umum mulai 6 Julai 2020, dengan penekanan kepada pematuhan garis panduan (SOP) dan jarak sosial, serta terhad kepada 300 jumlah pengunjung pada satu-satu masa.
Pengunjung juga perlu mematuhi garis panduan atau SOP terkini yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti berikut:
- Melalui proses imbasan suhu wajib
- Mendaftar masuk dengan aplikasi SElangkah: Langkah Masuk dengan Selamat
- Memastikan jarak sosial 1 meter
- Digalakkan memakai topeng hidung dan muka
- Tidak berhimpun atau berkumpul melebihi 10 orang di lokasi
- Memastikan hanya 5 orang berada di pondok rehat dan gazebo pada satu-satu masa
- Pelaksanaan aktiviti juga perlu mengambil kira kesesuaian pengendalian aktiviti dan pergerakan, dengan ruang minimum sebanyak 2 meter persegi setiap individu
Jadi, inilah masa nya untuk kembali beriadah bersama keluarga di tepian Sungai Chongkak yang terpelihara baik serta menikmati adrenalin dan sensasi air terjun 7 tingkat di Taman Eko Rimba Kanching. Setelah sekian lama berada dalam batasan dinding ke dinding, inilah masa untuk menikmati keindahan alam semulajadi dengan Pusing Selangor Dulu!
Waktu operasi: 8.00 pagi sehingga 4.30 petang*
Had bilangan pengunjung: 300 orang pada satu-satu masa
*Pengunjung tidak dibenarkan berada di dalam kawasan selepas waktu operasi.
#PusingSelangorDulu #SplendidSelangor #TakeMeAnywhere