Sambil memilih gincu pilihan, kamu mesti berangan ingin tampil seperti idola kesayangan… sebab saya juga sering berangan ketika menyalap gincu di bibir. Jangan ditanya kenapa saya sentiasa lambat bersiap! Bukan apa, orang cakap mahu ambil aura cantik..
Terbaru, Fenty Beauty menampilkan koleksi gincu iaitu Slip Shine Sheer Shiny yang dikatakan memudahkan harianmu. Sekali salap, terus melekat pada bibir. Everyday lipstick that feels as good as your lips look.
This lipstick’ s my go-to when I want to slip on something that’s comfortable and looks good. I love that I don’t even have to think about it.” – Rihanna
Pernah tak kamu menyarung seluar denim kegemaran sehingga lusuh, tapi sayang nak buang! Haa…konsepnya sama seperti Slip Shine Sheer Shiny kerana gincu ini terlalu selesa digunakan dengan tekstur lightweight sehingga tidak sedarlah berapa kali kamu menyalap pada bibir sampai kosong kelongsong. Dengan ramuan minyak buah delima, ia memberi kelembapan menyeluruh pada bibir dan tidak merekah di hujung hari.
Hadir dengan 10 warna berbeza mengikut setiap cita rasa. Dari warna best-of- the- best nudes hinggalah ke pops of shimmer. Kenapa gincu ini jadi pilihan saya, ia bukan saja bertindak melembapkan kulit bibir saya malah boleh dipakai berulang kali sehingga memberi efek bibir mungil kerana teksturnya yang sheer dan creamy... Barulah macam Rihanna!
Koleksi istimewa ini akan berada di pasaran dalam talian pada Jun 11 di Sephora.My atau kamu boleh berkunjung ke gedung Sephora pada Jun 25. Harga RM102 setiap satu.