Table of Contents Hide
Tak sangka, bila dah berumur barulah dapat merasa keindahan Terengganu. Ruginya tak pernah terfikir mahu ke sini sebelum ini…
Diam tak diam, sudah 36 tahun umur saya tahun ini. Nahhh…. Apa yang nak dimalukan dengan umur? Saya bangga dengan umur dan pengalaman yang saya ada. Jangan malu dengan angka, malulah dengan ilmu dan pengalaman yang belum penuh di dada.
Pap! Macam terkena batang hidung sendiri… Okey, saya mengaku lah yang saya belum pernah teroka Kelantan dan Terengganu. Ya, saya tahu mesti ada yang tak percaya. Selalunya saya akan merancang bercuti ke luar negara untuk destinasi percutian seterusnya. Hanya kadangkala saja saya terpanggil untuk cuti-cuti Malaysia. Alasannya? Kerana harga belanja ke luar negara lebih kurang sama dengan harga ke Terengganu atau pun ke Kelantan. Malahan lebih murah, baik tiket kapal terbang ataupun belanja makan, layanan juga A+, siapa setuju?
Bila sudah lebih tiga bulan di rumah, dan kamu tak ada pilihan lain selain bercuti di dalam negara. Hati mulai resah. Teringat resort murah tapi lawa di Bali, terliur nampak Tom Yam sedap yang pernah kamu makan di Bangkok, sedapnya kalau ada orang tolong urut badan yang lenguh dengan hanya RM30 di Krabi…. and the list goes on. Teman-teman ramai yang mengadu flight terpaksa cancel kerana penularan Covid-19. Apalah daya, kita hanya mampu merancang…
Dari pening kerana tak boleh bercuti ke keluar negara, apa kata kita alih kegusaran hati dengan pusing satu Malaysia? Saya pun belum pernah explore Terengganu, hanya lalu ketika ke Perhentian sebelum ini. Tak pernah langsung singgah ke daerah-daerah Terengganu yang lain. Sekarang lah masa untuk melawat serata Malaysia, sambil-sambil itu dapatlah bantu mengukuhkan ekonomi negara, kan?
Ini 7 pengalaman baru yang saya perolehi sepanjang seminggu di Terengganu baru-baru ini. Slide sebelah untuk baca travel diary dengan lebih lanjut! Oh wait up, layan dulu video laut membiru dengan langit cerah nan memukau. Aku rindu laut!!!