Table of Contents Hide
Foto: Bonia
Beg jenis ini bukan saja memuatkan item keperluanmu, malah ia juga buat kamu tampil stylish kala mengembara.
Dulu, ketika saya masih memegang jawatan Editor majalah antarabangsa, Cosmopolitan Malaysia. Saya sering bergaduh dengan diri sendiri kerana tak pernah ada masa untuk percutian yang mengejutkan. Semuanya perlu dirancang terlebih dahulu. Perlu disusun dan ditempah paling tidak sebulan sebelum saya memulakan perjalanan. Mana tidak, setiap hari alarm akan menjerit jam 630 pagi, saya mulakan hari dengan ke gim dan terus ke pejabat. Rutin harian yang sama akan saya lakukan setiap hari dan bila hari menggelap, saya akan pulang ke rumah.
Sesampainya saya di rumah, biasanya selepas makan malam bersama keluarga, lepak di ruang tamu sambil-sambil scroll feed di Instagram yang mana semuanya gambar-gambar percutian. Terdetik dihati nak lepaskan semua dan pergi bercuti sewenang-wenang hati. Tapi, tanggungjawab dan komitmen perlu diberikan keutamaan. Jadi, saya pujuk hati untuk bersabar, harungi hidup dan pelan untuk satu percutian yang benar-benar istimewa!
Sekarang, bila saya punya banyak waktu untuk just go with it dan bekerja secara mobile. Saya ada banyak privilege untuk just go for that weekend trips! It is the next best thing now (let alone after MCO). Berita baik, saya tak perlu lagi stress untuk pek barang dalam bagasi sebesar XL. Saya hanya perlu cari weekender bag yang cute, pilih suku dari barangan yang saya selalu bawa (item-item penting kembara jangan lupa) dan off we go!
What is a weekender bag? “Weekender” adalah beg perjalanan yang diisi pakaian, item mandian, dan barang-barang keperluan yang mencukupi untuk perjalanan hujung minggu yang panjang. Beg gaya ini adalah a step up dari beg galas biasa dari segi daya kapasiti dan gaya! These bags will make you look fab while you’re escaping (albeit briefly) all your responsibilities. No shame, girl.