Table of Contents Hide
- Tak dinafikan majoriti di antara kita sedang merindui percutian di luar negara. Tak sabar rasanya mahu plan penerbangan seterusnya. INGAT ! Kamu juga harus berwaspada dan patuh kepada SOPs ya?
- #1Memakai Pelitup Muka
- #2Penjarakan Sosial di Lapangan Terbang Sebelum dan Selepas Penerbangan
- #3Daftar Masuk Sendiri
- #4Pemeriksaan Kesihatan
- #5Daftar Masuk Bagasi Sendiri
- #6Tiada Lagi Sistem ‘Upgrade’ Tempat Duduk Secara Automatik
Photo by Erik Odiin on Unsplash
Tak dinafikan majoriti di antara kita sedang merindui percutian di luar negara. Tak sabar rasanya mahu plan penerbangan seterusnya. INGAT ! Kamu juga harus berwaspada dan patuh kepada SOPs ya?
Koronavirus telah mengubah segalanya di dalam kehidupan kita. Kedai-kedai membeli-belah, hotel dan juga syarikat penerbangan telah memperkenalkan satu variasi peraturan baru yang pastinya akan kamu lalui jika pintu penerbangan ke luar negara dibuka semula.
Ya, Industri pelancongan adalah yang paling terkesan. Dengan berleluasanya situasi ini, sudah pasti setiap negara mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup pintu masuk serta menghalang penerbangan keluar negara bagi warganegara demi menghentikan penularan COVID-19.
Ketika ini, banyak negara sudah pun membuat ujian pencarian vaksin dan ada diantaranya menunjukkan hasil yang cukup memberangsangkan. Jadi pasti ada sinar buat dunia untuk kembali pulih tetapi sememangnya dengan norma dan peraturan baru yang perlu kamu patuhi.
Daripada penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka ke pemeriksaan langsung tahap kesihatan, perubahan pada peraturan bagasi yang dibawa masuk ke dalam kapal terbang, dan berakhirnya sistem ‘upgrade’ tempat duduk secara automatik bagi mereka yang kerap terbang.
Hipshut kongsikan beberapa peraturan baru yang perlu dipatuhi untuk kamu rancang penerbangan yang akan datang.