Table of Contents Hide
#1 The Standard, Hua Hin, Thailand
The Standard, Hua Hin, Thailand sesuai untuk percutian mesra keluarga bagi semua peringkat umur. Bertempat di tepian pantai, ia mampu memberi ketenangan sepanjang penginapana anda di sana. Di sini juga, The Standard memastikan anda merasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan satu keluarga seperti aktiviti sukan air, menaiki dayung, berkayak, wakeboarding dan bermain layang-layang. Yang menarik di resort ini, ia menawarkan satu-satunya papan luncur Elektrik iaitu Efoil. Sebaik sahaja meninggalkan resort ini, kenangan yang manis dan pemandangan indah di sini pasti akan dirindui. Bagaikan berada di syurga sepanjang menginap di Resort Hua Hin!
