Table of Contents Hide
- Tak dinafikan majoriti di antara kita sedang merindui percutian di luar negara. Tak sabar rasanya mahu plan penerbangan seterusnya. INGAT ! Kamu juga harus berwaspada dan patuh kepada SOPs ya?
- #1Memakai Pelitup Muka
- #2Penjarakan Sosial di Lapangan Terbang Sebelum dan Selepas Penerbangan
- #3Daftar Masuk Sendiri
- #4Pemeriksaan Kesihatan
- #5Daftar Masuk Bagasi Sendiri
- #6Tiada Lagi Sistem ‘Upgrade’ Tempat Duduk Secara Automatik
#1
Memakai Pelitup Muka

Semua tahu yang syarikat penerbangan telah pun mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika menaiki penerbangan mereka. Untuk pengetahuan kamu, antara syarikat penerbangan dunia yang kini sudah kembali beroperasi.
Turkish Airlines patut memenangi anugerah berikutan garis panduan penerbangan selamat di era pandemik ini. Mereka perkenalkan peraturan pelitup muka perlu dipakai sepanjang penerbangan dan perlu ditukar pada setiap empat jam pemakaian, kamu perlu membawa topeng muka tambahan dan tisu pengelap antibakteria yang mencukupi mengikut untuk durasi perjalanan kamu.”
Malangnya, ada juga beberapa laporan yang menyatakan sesetengah syarikat penerbangan dan lapangan terbang tidak memperketatkan protokol keselamatan ini.