Sama ada sebagai pembuka selera atau pemanis mulut, anda perlu cuba kelazatan Pani Puri yang ditawarkan di lima restoran pilihan Hipshut bulan ini. Baca selanjutnya (jangan skip satu pun!) untuk anda ketahui yang mana satu pilihan favourite kami!
Pani puri sentiasa menjadi hidangan wajib ketika musim perayaan India. Keunikkan dari segi rupa, rasa dan tradisi makanan yang berasal dari India ini mampu menarik orang ramai (termasuk kami di Hipshut) untuk mencuba.
Snek jalanan yang sangat popular di Mumbai, India ini sangat istimewa dan ini menyebabkan kami sanggup beratur di sana semata-mata mahu eat-like-local dan benar kata orang, makan lima biji Pani Puri setiap seorang memang tak akan cukup, you will ask for more!
Adakah anda juga kaki makan seperti kami? Sudah merasai keenakkan hidangan ini di India namun sukar mendapatkan yang terbaik di Malaysia. Tambah lagi tidak pasti di mana lokasi yang paling tepat untuk dikunjungi? Hipshut bariskan 5 lokasi popular untuk anda cuba keunikan rasa hidangan ini.