Table of Contents Hide
Foto: Pu3Designs
Saya pasti kamu masih lagi browse through online shopping website untuk your next Raya OOTD. Betul tak?
Raya kan sebulan? Tak kira sebelum Raya, sedang Raya, atau pun tinggal seminggu lagi nak habis bulan Syawal. Saya confirm kamu sering lawat laman web seperti Zalora, FashionValet dan bermacam lagi. Tak kira mahu membeli atau hanya untuk cuci mata. Tapi akhirnya pasti ada yang kamu add to cart, kan?
Tahun ini, semestinya lebaran disambut berbeza. Tidak boleh sewenang-wenangnya datang beraya beramai-ramai dan berada di rumah melebihi bilangan orang yang ditetapkan. Kala menziarah pula perlu mematuhi standard SOP yang diberitahu (sila klik di sini untuk ketahuinya). Namun begitu, sambutan Aidilfitri tahun ini masih tetap meriah. Kata teman saya, Sri Azni, koleksi bajunya laris semuanya – tak tinggal satu langsung!
Ya, masih ada buyer. Tak perlu jauh-jauh, ambil saya sebagai contoh paling instant. Saat saya menulis ini, fikiran saya masih memikirkan berhelai-helai baju kurung yang sudah saya add to cart. Kegilaan apakah ini? Tiap tahun saya pasti akan intai baju-baju daripada pereka fesyen yang saya senaraikan di bawah. Mahu tahu apa sebabnya? Jom saya kongsi.
#1
Alia B.
Raya 2020, Alia terus menyebarkan nota optimis dan memperkasakan wanita melalui rekaannya. Mengambil ilham daripada rona Lautan – pastel dan pasir adalah cairan warna pulau tie-dye dan cetakan kerang laut. Oh, I love vitamin Seaaa, of course I have to love this collection! Rona lembut dan fabrik yang menyerlahkan lagi sisi feminin seorang wanita. It’s always a YES for me!
#2
Pu3designs
Gaya elektrik Putri Azalea dan Putri Yasmin yang berkisar tentang kemewahan yang fresh lagi funky! Ini antara sebabnya saya sering hook to the website for hours! Tahun ini, Pu3designs mempertaruhkan rona lembut seperti soft pink, lilac disulam kemasan drapy dan juga puffy sleeves. Pasti menampilkan kelainan pada si pemakai. Tak lupa rona hawaiian green yang disuntik pada kurung moden, teruja saya dibuatnya!
#3
Rizalman For Zalora
Tahun ini, pereka yang digeruni ini kembali memberi tumpuan kepada siluet tradisional. Potongan-potongan baju tradisional klasik termasuk baju kebarung dan baju kebaya labuh hadir dalam pelbagai warna. Melihat satu rekaan Rizalman ini tak puas sekali, kamu pasti addicted untuk scroll lagi dan lagi sampai tak tahu yang mana satu yang perlu dibeli. Siapa setuju?
#4
NH by Nurita Harith
Mempersembahkan koleksi Raya 2020 yang menampilkan 14 rekaan unik. Dari pilihan brocade lembut juga merangkumi pelbagai pilihan warna biru lembut dan biru sejuk juga mauve dan dusty pink menonjolkan sentuhan abadi nan feminin. Koleksi tahun ini juga turut menampilkan cetakan karang dan rekaan polos. L.O.V.E!
#5
Yadotsa
Kudos untuk kejayaan koleksi tahun lalu! Koleksi Raya RTW Yadotsa tahun ini adalah lanjutan dari estetika dan nuansa koleksi tahun sebelumnya. Reka bentuk dan cetakan baru memperkenalkan corak latar baru dengan bunga tropika yang berbeza. Inspirasi juga diambil dari cetakan bunga 2019 dengan cetakan pelbagai jenis bunga yang lebih halus, klasik dan bergaya. Koleksi Raya Yadotsa tahun ini sangat elegan, effortless, dreamy and lastly our favourite word, CHIC!