Table of Contents Hide
Pertama Kali Berkayak Di Pulau Perhentian
Dek kerana sering melihat perahu jenis ini di media sosial, Mimi tak sabar-sabar mahu mencuba. Jadi, hari yang ditunggu pun tiba. Saya pun dipaksa berkayak sama. Mula-mula takut tapi lama-lama seronok pula. Sejam mendayung ke sana sini, penat, habis lenguh satu badan! Tapi bila dapat lihat keindahan tuhan dari jarak dekat, ahh seronoknya!

Oh ya, bukan sekali kami berkayak. Kami tempah untuk 2 hari. Cubalah berkayak, banyak alasan awesome untuk kamu cuba aktiviti ini. Apatah lagi bila kamu lakukannya bersama yang tersayang.