Table of Contents Hide
Pertama Kali Ke Rantau Abang

Esok hari terakhir kami di sini, rasanya masih belum puas kami meneroka Terengganu. Jadi, kami mencari spot terakhir dan untuk pertama kalinya, saya menjejak kaki di Pantai Rantau Abang. Sunyi dan tenang, tak ramai orang. Kami bentang tikar pantai sambil cicah keropok lekor panas yang saya beli di gerai keropok di tepi jalan. Jangan pulang tanpa keropok lekor rebus ya! Rugi tau!

Sebagai penutup trip, kami berendam di pantai ini. Satu pengalaman yang tak akan saya lupakan. Saya mula cintakan negeri ini. Sebelum pulang, kami sempat menelefon beberapa ejen hartanah untuk reece tanah di Dungun, Terengganu. Dan inilah kali pertama saya faham perasaan sesetengah orang yang mahu bina beach house sendiri. Saya juga mahu satu! Mana lah tau boleh jadi jiran Maya Karin? Hiks!
We’ll see you again Terengganu… very soon!