Table of Contents Hide
Berlokasi di hutan hujan dan pengalaman nan asli, The Ritz-Carlton, Langkawi semestinya memberi pengalaman yang luar biasa.
Melangkah ke dunia di mana kemewahan bergaya kontemporari dengan elemen alam dan tradisi. Di The Ritz-Carlton, Langkawi kamu dapat meneroka hutan sambil menikmati sendiri masakan yang enak atau mendengar keinginan hati untuk ke Walkway of Wishes yang mempesona.
Dengan ruang outdoor peribadi, dinding kaca, dan palet dari bahan semula jadi, bilik dan vila resort ini mengundang suasana luar. Pemandangan hutan hujan dan lautan sekitarnya melengkapkan hiasan kontemporari Malaysia, sementara vila tepi pantai juga menawarkan kolam renang peribadi.
Di sinilah saya menghabiskan tiga hari dua malam bersama Mimi dan Lulu sebaik saja PM mengumumkan kita boleh ber Cuti-cuti Malaysia. Tanpa berfikir panjang (walau dalam hati takut bukan kepalang dengan virus itu) namun saya gagahkan diri sambil memujuk hati – kalau kita patuh SOP dan sering menjaga kebersihan serta kesejahteraan diri, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Setuju?
Pertama kali saya merasai kelainan kala bercuti. Baik semasa di dalam grab mahu ke airport, di KLIA, setibanya di Lapangan Terbang Langkawi dan akhir sekali ketika kami di lobi resort ini. Semuanya pengalaman baru, namun kami sedia menerima new normal ini menjadi sebahagian daripada hidup jika ia menjamin kesihatan diri kita semua.
Mendengar percutian selama tiga hari, dua malam di sini memang singkat, tetapi pengalaman yang diberikan oleh ladies & gentlemen di sini memberikan kepuasan bagaikan sudah duduk lama di sini. Walaupun perlu mematuhi SOP yang disarankan namun kami sedikit pun tidak rasa kekok atau payah mematuhinya. Sambil itu resort ini masih menyediakan hospitaliti mewah yang tetamu inginkan.
Disebabkan kami bercuti semasa pandemik, saya tidak pernah lupa untuk sentiasa kekalkan social distancing. Ladies & gentlemen di resort ini juga sering memakai pelitup mulut dan hidung. Hand sanitizer ada di mana-mana saja bagi memudahkan tetamu mencapai sekaligus membersihkan tangan. So convenient and thoughtful!
Apa yang kami lakukan di sini sepanjang tiga hari menginap di Beach Villa, The Ritz-Carlton Langkawi? Jom baca itinerari ala Hipshut. Kalau berkenan untuk copy and paste, why not! You’re welcome!