Table of Contents Hide
2. Sepanyol

Sepanyol mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap beberapa negara yang terkenal dengan makanan di dalam senarai ini. Di dalam kalangan orang Sepanyol sendiri, hidangan makanan mereka biasanya dimasak dengan tahap minat yang tinggi. Lihat sahaja pada satu contoh yang mungkin kamu pernah lihat adalah pabila mereka membuat persembahan tarian Flamenco, cukup energetik.
Diet pemakanan mereka memperlihatkan banyak warna dengan rasa yang terbaik. Mereka berjaya membuat penanda aras di dalam industri makanan di dunia. Di jalanan Sepanyol juga kamu akan dapat menikmati snek yang cukup enak, apatah lagi di restoran-restoran mereka. Pada tahun 2015, El Celler de Can Roca, sebuah restoran di Sepanyol, telah dinobatkan sebagai yang terbaik di dunia di antara 50 restoran lain yang bertanding.