Table of Contents Hide
3. Thailand

Memikirkan tentang hidangan masakan pedas, jadi jawapannya semestinya adalah masakan Thai. Makanan Thai sememangnya menaikkan kehangatan, tahap kepedasannya, kerangupannya, kekenyalannya, kelembutannya, rasa masam dan masin segalanya dalam satu. Hidangan masakan mereka mempunyai lima rasa utama yang boleh ditemui di dalam makanan lain di serata dunia. Seperti negara Asia lain, nasi adalah makanan ruji.
Malah, di dalam Bahasa Thai, perkataan ‘makanan’ pabila diterjemahkan membawa maksud “makan nasi.” Ia selamat untuk kita beri andaian yang mana masakan Thai adalah satu kombinasi rasa yang pelbagai, berterima kasih kepada pengaruh makanan dari negara-negara lain di serantau itu. Thailand adalah sebuah negara yang berjiran dengan negara destinasi makanan terulung di dunia termasuklah Malaysia, China, dan Indonesia. Dan apa yang lebih menariknya, kamu tidak perlu pergi ke restoran mewah nutuk mencuba variasi keunikan masakannya kerana Thailand mempunyai makanan jalanan terbaik di dunia!