Table of Contents Hide
- Dengan adanya muzium sejarah, maka dapatlah memupuk semangat cintakan negara dan mengukuhkan perpaduan sesama rakyat. Setuju?
- #1MUZIUM INSITU JUGRA, KUALA LANGAT
- #2 GALERI DIRAJA SULTAN ABDUL AZIZ, KLANG
- #3 MUZIUM KUALA SELANGOR, KUALA SELANGOR
- #4 PUSAT WARISAN KAJANG, KAJANG
- #5MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, PETALING
Kami senaraikan 5 muzium di Negeri Selangor yang boleh kamu rancang untuk lawati mulai hari ini:
#1
MUZIUM INSITU JUGRA, KUALA LANGAT

Muzium Insitu Jugra merupakan bangunan runtuhan lama yang menjadi Balai Polis Daerah pada tahun 1878. Dibina oleh Pegawai British, Kapten Harry Charles Syers dan kemudian dijadikan tempat pusat pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Melayu Selangor.
Kini ia beroperasi sebagai muzium dengan 3 ruang pameran dengan paparan sejarah. Tiada bayaran dikenakan untuk melawat muzium ini tetapi fotografi tidak dibenarkan.
Pengunjung boleh melawati muzium ini bermula pada jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang (Sabtu hingga Khamis) dan 9.30 pagi – 12 tengah hari dan bersambung pada pukul 2.45 petang hingga 5.30 (Jumaat).
E-mel [email protected] untuk maklumat lanjut.