Table of Contents Hide
- Dengan adanya muzium sejarah, maka dapatlah memupuk semangat cintakan negara dan mengukuhkan perpaduan sesama rakyat. Setuju?
- #1MUZIUM INSITU JUGRA, KUALA LANGAT
- #2 GALERI DIRAJA SULTAN ABDUL AZIZ, KLANG
- #3 MUZIUM KUALA SELANGOR, KUALA SELANGOR
- #4 PUSAT WARISAN KAJANG, KAJANG
- #5MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, PETALING
#2
GALERI DIRAJA SULTAN ABDUL AZIZ, KLANG

Berlokasi di Klang, Selangor, Galeri Diraja ini dibina sebagai sebuah peringatan kepada Almarhum Sultan Selangor Salahuddin Abdul Aziz Shah. Bangunan muzium ini mula dibina pada tahun 1909 sebagai Bangunan Sultan Sulaiman di mana kerajaan Inggeris menggunakan bangunan ini sebagai Pejabat Tanah dan pentadbiran semasa Tanah Melayu British.
Selain itu, bangunan ini juga pernah dijadikan markas Jepun semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Pada tahun 1957 selepas kemerdekaan Tanah Melayu, bangunan ini dijadikan Pejabat Daerah Klang dan mula dibuka sebagai Muzium Peringatan pada tahun 1988 dan mula dirasmikan pada 19 Oktober 2007 oleh Sultan Sharafuddin sehingga kini.
Galeri ini dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dan dibuka pada pukul 10 pagi hingga 5.00 petang, Isnin dan cuti umum ditutup. Masuk adalah percuma.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-3373 6500