Table of Contents Hide
Pertama Kali Menginap & WFH di Rumah Kampung
Benar, ini kali pertama saya bermalam di rumah tumpang ala kampung (selain rumah saudara di Bagan Serai). Tapi yang seronoknya, rumah 3 bilik ini lengkap dengan air-cond. Jadi, bahang tengahari hilang pada sebelah malam. Kami bawa cadar dan sarung bantal sendiri, dan sebelum settle down, saya sempat kerjakan kuman-kuman dengan menyembur disinfectant spray – dari depan rumah hinggalah ke pintu belakang dapur agar kami bebas kuman (jika ada) yang boleh membawa bencana.

Kurang 10 minit selepas makan tengahari, semua buka macbook masing-masing dan mula bekerja. Mereka hanya ambil cuti separuh hari, maka semuanya sibuk membuat kerja dan ada sesekali diselang-selikan dengan gelak ketawa. Maklumlah ‘bercuti’ mestilah kena happy-happy sikit.

Sejak Covid-19 menyerang dunia, banyak yang telah berubah. Ada syarikat membenarkan pekerja untuk WFH asalkan kesihatan diri terjaga dan sentiasa mematuhi SOP yang dinasihatkan oleh kerajaan. Tak usah kata mereka, kehidupan harian saya sejak PKP juga berubah 360 darjah! Saya tidak lagi terikat dengan pekerjaan 9 – 5pm, jadi saya boleh merancang percutian bila-bila masa, bersama siapa saja! Life is great, huh?

