Table of Contents Hide
Pertama Kali Ke Pantai Teluk Bidara
Masa yang dinanti telah pun tiba… it’s beach time! Kami berjalan dalam 10 minit ke Pantai Teluk Bidara (betul-betul belakang rumah kampung ini). Ramai penjual menjual di kaki jalan. Ada goreng pisang, ada air manis warna-warni… ada juga penduduk tempatan membentang tikar sambil layan makan durian. Begini agaknya cara mereka menghabiskan hari cuti (hari Jumaat dan Sabtu).

Seronok berjalan beramai-ramai begini. Penduduk kampung juga semuanya friendly. Pakcik di kedai runcit, pembonceng motor, penjual air, siapa saja yang kami jumpa semuanya baik-baik. Perkampungan yang laid-back seperti ini sangat menenangkan dan sangat ideal jika kamu mahu lari dari hiruk pikuk kota.

Ye, 10 minit yang saya maksudkan tadi termasuklah mendaki sedikit bukit. What a work out! LOL

Sesampainya di Pantai Teluk Bidara, saya kagum melihat air pantai yang jernih dan bersih. Pantai yang bebas sampah dan langsung tak dicemari kekotoran. Mungkin tak ramai memilih pantai ini untuk berekreasi, hanya penduduk tempatan saja yang sering ke sini. Tanda tidak boleh berenang di pantai ini ada di letakkan di jalan masuk, namun masih ada yang berenang. Mungkin tak tahan dengan kejernihan air lautnya. Saya pun sama 🙂

Thank god these uncles are here to keep little one occupied. So, mama can have a lil me time by the beach. Thank you, boys!
