Table of Contents Hide
Day 2
8:30 pagi
Breakfast at The Beach Grill. Memandang masih lagu baru dibuka selepas PKP. Hanya restoran ini sahaja yang dibuka buat tetamu yang menginap di resort ini. Jika tidak, kamu juga boleh memilih restoran lain untuk menjamu selera. Selalunya buffet dihidangkan di Langkawi Kitchen. Dengan ruang yang lebih luas, ia boleh menempatkan ramai tetamu sekali gus. Pilihan makanan juga lebih banyak.
12:30 tengahari

Spa Facial – Lifting (Lift C.V.S.) – Rawatan pengelupasan dan lifting, menggabungkan teknik toning dan membentuk untuk mengukir dan mengukuhkan kontur wajah menggunakan gabungan serbuk dan cecair Lift C.V.S yang unik.
1:45 petang
Lunch at The Beach Grill. Baik saya, mimi atau lulu – kami bertiga memang peminat seafood! Jadi, tidak ada masalah untuk kami menghabiskan masa tiga hari di restoran yang sama. Nasi Lautan Casserole with prawns, clams, mussels, scallops, chicken, lemongrass, saffron, green peas, kaffir lime… so yums!
4:00 petang
Kayak or Paddle boarding by the beach. Inilah aktiviti yang sepatutnya kami lakukan di hari ke dua kami di sini. Malangnya cuaca tidak mengizinkan. Saya hanya mampu memandang ke laut dan berangan…

Walaupun cuaca tidak mengizinkan kami ke laut, enjoy di beach villa, apa kurangnya! Dari sofa berdepan dengan kolam renang peribadi, kamu boleh menikmati keindahan alam semula jadi yang mengagumkan. Dengar derusan ombak dan angin yang membuai daun-daun di pokok di depan villa kami. Tak sabar menunggu hujan reda untuk kami enjoy a stunning pool di depan mata.

8:00 malam
Dinner at The Beach Grill
