Table of Contents Hide
- Hey, bercuti bukan bermaksud kamu tidak perlukan beautiful items! Jangan lupa bawa krim wajah terhebat, tubuh disembur wangi dan wajah mesti disolek agar sentiasa flawless!
- #1Sensual Coco Mademoiselle L’eau Privee
- #2Mentholatum Lipice line friends mengekalkan bibir yang lembap dan sihat
- Mentholatum LipIce LINE FRIENDS Fruity Lipbalm (3.5g, RM14.90)
- Mentholatum LipIce LINE FRIENDS Tinted Lipbalm (3.5g, RM14.90)
- #3Pulih dan Cegah Semua Jenis Bintik Pigmentasi dengan Serum Ikonik Ini
- #4The Perfect Hues for a Sunkissed Look
- #5Rutin Cantik dengan The Timeless & Classics Skincare
- The Ultimate Miracle Essence
- Secrets To A Lasting Glow
- Future-Proof Your Skin
#2
Mentholatum Lipice line friends mengekalkan bibir yang lembap dan sihat
Mentholatum LipIce baru saja melancarkan koleksi salap bibir Fruity and Tinted bertemakan LINE FRIENDS yang menampilkan watak-watak LINE FRIENDS istimewa pada bungkusan produknya beserta formulasi khas untuk melembap dan melindungi bibir kamu – menjadikannya kelihatan sihat dan cantik.
Koleksi ini tampil dengan dua variasi iaitu Fruity Lip balm dan Tinted Lip balm – kedua-duanya mengandungi manfaat lembapan dan ultra berkhasiat untuk memastikan bibir sentiasa terhidrat, lembut, dan halus sepanjang hari!
Mentholatum LipIce LINE FRIENDS Fruity Lipbalm (3.5g, RM14.90)
Apple-Sally Lemon-Brown Strawberry-Conny
Rangkaian salap bibir fruity ini hadir dalam tiga perisa buah, iaitu Strawberry, Apple dan Lemon; masing-masing diwakili oleh watak LINE FRIENDS pada bungkusannya, iaitu CONY, SALLY dan BROWN. Salap bibir Fruity disyorkan untuk digunakan setiap hari dan juga dilengkapi dengan SPF15 untuk melindungi bibir daripada sinaran UV.
Mentholatum LipIce LINE FRIENDS Tinted Lipbalm (3.5g, RM14.90)
Wildberry-LINE Raspberry-LINE
Diperkaya dengan Asid Hyaluronik Super untuk mengunci kelembapan, memastikan penghidratan tahan lama di bibir. Meadowfoam Seed Oil dan Kolagen yang terkandung di dalam salap bibir ini juga membantu memperbaiki tekstur bibir, memberikan bibir yang lebih munggil dan lebih licin semasa digunakan!
Selain itu, salap bibir berwarna baru ini juga disuntik dengan Vitamin E antioksida untuk memastikan bibir kamu licin dan sihat sementara SPF 15 membantu melindungi bibir daripada sinaran UV berbahaya.
Mentholatum LipIce Tinted Lipbalm tersedia dalam dua varian, iaitu Raspberry Red dan Wild Berry Pink untuk memberikan bibir olesan tipis yang indah dengan rasa buah segar. Raspberry Red dan Wild Berry Pink masing-masing diwakili oleh LINE FRIENDS CHOCO dan CONY.




